Kerjaya kelab Allan Saint-Maximin

Kerjaya awal

Saint-Maximin melakukan penampilan sulungnya dalam saingan Ligue 1 bersama kelab Saint-Étienne pada 1 September 2013 selepas beliau menggantikan Romain Hamouma pada minit ke-69 permainan ketika pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bordeaux di gelanggang sendiri.[4]

Pada 31 Julai 2015, Saint-Maximin telah menyertai Monaco[5] sebelum beliau dipinjamkan ke kelab Jerman, Hannover.[6] Pada 28 Julai 2016, Saint-Maximin menyertai Bastia secara pinjaman selama satu musim penuh.[7]

Saint-Maximin telah melengkapkan perpindahan ke Nice dengan nilai perpindahan yang tidak didedahkan pada 7 Ogos 2017.[8][9]

Newcastle United

Pada 2 Ogos 2019, Saint-Maximin berpindah ke kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle United dengan menandatangani kontrak selama enam tahun.[10] Beliau melakukan penampilan sulungnya bersama Newcastle pada sembilan hari kemudian ketika pasukannya menghadapi kekalahan kepada Arsenal pada hari pembukaan kempen liga.[11]

Pada 5 Disember 2019, Saint-Maximin telah menjaringkan gol sulungnya untuk Newcastle semasa menewaskan Sheffield United 2-0.[12] Jaringan gol keduanya hadir pada dua bulan kemudian dalam aksi pusingan keempat Piala FA menentang Oxford United. Beliau menjaringkan gol kemenangan Newcastle pada lewat permainan itu melalui jaringan solo.[13] Pemain asal Perancis itu juga menjaringkan gol kemenangan Newcastle semasa menentang Southampton 0-1 dalam aksi liga pada 7 Mac 2020.[14]

Rujukan

WikiPedia: Allan Saint-Maximin http://www.asmonaco.com/fr/article/saint-maximin-n... http://www.goal.com/en/news/nice-allan-saint-maxim... http://www.ligue1.com/ligue1/article/saint-etienne... http://www.ogcnice.com/en/news/30966/st-maximin-si... http://www.sc-bastia.corsica/?p=121786 http://www.hannover96.de/CDA/aktuelles/alle-news/d... https://www.bbc.com/sport/football/49223797 https://www.fifadata.com/document/fwyc/2017/pdf/fw... https://www.premierleague.com/players/12817/Allan-... https://www.theguardian.com/football/2019/dec/05/s...